Program “Raya Datang Lagi” Bersama PI Zon Miri
25 Julai 2016 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2016 (Ahad) yang lepas, PI Zon Miri (Sibuti, Bekenu, Kg. Luak, Niah-Suai) telah mengadakan Program “Raya Datang Lagi” yang bertempat di PI Sibuti. Program berkenaan terlah bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 petang. Tujuan utama program tersebut adalah untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk Kampung Kuala Sibuti dan sekitarnya. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan kepada komuniti setempat tentang kewujudan PI Sibuti dan untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai pentingnya e-waste. Dianggarkan seramai 150 orang termasuk ahli PI telah hadir bagi memeriahkan program tersebut.
Berikut merupakan senarai aktiviti yang telah dijalankan:
1. Pendaftaran ahli PI secara percuma.
2. Taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB)
3. Taklimat ringkas mengenai topik Mobile e-waste
4. Mini sukaneka
5. Majlis menjamu selera.
Berikut merupakan perlaksanaan aktiviti:
1. Pendaftaran ahli PI secara percuma
Pendaftaran ahli secara percuma telah dibuka sepanjang program berlangsung yang bertempat di PI Sibuti. Seramai 30 orang komuniti setempat tidak melepaskan peluang untuk menjadi ahli PI secara percuma.
2. Taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB)
Taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengurus PI Kg. Luak dan Niah-Suai. Taklimat berkenaan telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang mejoritinya terdiri daripada penduduk setempat.
3. Taklimat ringkas mengenai topik Mobile e-waste
Selain daripada taklimat KDB, taklimat ringkas mengenai mobile e-waste juga telah disampaikan oleh pengurus PI. Mobile e-waste merupakan salah satu sisa buangan yang boleh dikitar semula tanpa kita sedari. Sisa buangan ini termasuklah komponen-komponen telefon pintar seperti bateri, skrin, kata kekunci, dan sebaginya.
4. Mini sukaneka
Mini sukaneka telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada generasi muda yang juga merupakan ahli berdaftar PI. Penyampaian hadiah dan cenderahati pertandingan berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus PI Sibuti.
5. Majlis menjamu selera
Majlis ini merupakan acara kemuncak Program “Raya Datang Lagi”. Para tetamu yang hadir telah dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah masakan seperti kelupis, wajib, rending ayam, ketupat, dan sebagainya. Majlis telah tamat pada pukul 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: